Pengarah GLC bebas dengan jaminan SPRM

Pengarah GLC bebas dengan jaminan SPRM

Pengarah sebuah syarikat perumahan mampu milik yang direman enam hari sejak Selalu lepas dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Lelaki itu sebelum ini ditahan agensi berkenaan bagi membantu siasatan membabitkan dakwaan salah guna kuasa kerana dipercayai melantik syarikat yang beliau mempunyai kepentingan bagi melaksanakan kerja syarikat perumahan tersebut bernilai RM95,000.

Pengarah berusia 50 tahun itu dibebaskan selepas SPRM melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Perintah pembebasan tersebut dibuat oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh Noor Azna Tajul Anuar dengan jaminan SPRM sebanyak RM20,000 dan seorang penjamin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak Mohd Fauzi Mohamad, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan siasatan kes berkenaan selesai.

Lelaki itu ditahan pada 1.25 tengah hari 20 April lalu, selepas diminta hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Perak di Meru Raya, berhubung kes berkenaan. – FMT