“Pengalaman pertama & terakhir!” – Bersalin di hospital kerajaan Malaysia, wanita Indonesia ‘expect’ dapat layanan VIP?

“Pengalaman pertama & terakhir!” – Bersalin di hospital kerajaan Malaysia, wanita Indonesia ‘expect’ dapat layanan VIP?

 

Seorang wanita warga Indonesia yang menetap di Malaysia baru-baru ini mengadu di TikTok mengenai layanan dan fasiliti di Hospital Pulau Pinang yang menurutnya tidak memuaskan.

TikToker bernama Nadia, berkongsi pengalaman bersalin di hospital tersebut yang sangat menyedihkan, lebih-lebih lagi dia bersalin secara czer.

Nadia turut memberi penilaian terhadap layanan dan fasiliti di hospital tersebut seperti berikut:

  • Bilik: 2/10
  • Bilik air: 4/10
  • Layanan jururawat: 1/10
  • Layanan doktor: 6/10
  • Makanan: 5/10
  • Layanan untuk pesakit czer: 0/10

Tertekan tak dapat mandi 4 hari

“Pengalaman bersalin czer di Hospital Pulau Pinang. Untuk pertama kalinya berjalan setelah enam jam menjalani czer, saya terpaksa berusaha sendiri berjalan ke tandas yang jauh. Ditemani? Oh tentu tidak!” katanya.

Selama empat hari berada di hospital, Nadia berasa sangat tertekan kerana tidak dapat mandi dan bayinya juga tidak dimandikan selama empat hari. Jururawat yang merawatnya juga tidak memberikan layanan yang memadai.

“Empat hari berada di hospital rasa bagai nak gila. Dengan tak mandi, baby empat hari pun tak mandi. Malah tak dapat tidur sebab bising,” tambahnya lagi.

Simpan duit

Dia kemudian menyarankan mana-mana wanita yang bakal menjadi ibu membuat simpanan lebih awal dan memilih tempat yang memberikan rawatan serta layanan yang baik.

“Sesiapa yang nak bersalin tu, boleh prepare kumpul duit awal-awal dan pergi ke tempat di mana mental akan terjaga, jiwa tenang dan dilayani dengan baik.

“Tak apa kalau keluar duit lebih. Kumpul duit dar sekarang untuk persiapan bersalin. Ini pengalaman pertama aku dan terakhir,” katanya.

Bergurau nak tumpah air panas

Seorang pengikut Nadia, Aleeya Soffiya, mencadangkan agar Nadia buat-buat terjatuh di tandas untuk menarik perhatian jururawat.

Namun Nadia memiliki idea lain, iaitu dengan tertumpah air panas dekat muka jururawat.

Staf sangkal dakwaan

Seorang individu yang dipercayai kakitangan Hospital Pulau Pinang, @g8keepur, tampil menyangkal dakwaan Nadia

“Dia claim baby tak mandi empat hari. Wrong, I work here so I know and I see baby nurses tolak baby cart in the morning untuk mandikan baby.

“Kau tak mandi tu masalah kau la. Orang lain beranak elok je mandi selepas 12 jam or sehari,” katanya.

Di ruangan komen, netizen juga berasa curiga dengan dakwaan Nadia yang dianggap tidak masuk akal.

Terpengaruh dengan rakan dok kutuk Malaysia

Bayar harga govt, tapi nak layanan swasta

Bazir masa, tenaga staf layan pesakit seperti ini

Semakan lanjut mendapati, akaun TikTok Nadia telahpun hilang dari radar.