Penduduk cemas, tiga beranak ditemukan berlumuran darah di dalam rumah
Penduduk cemas, tiga beranak ditemukan berlumuran darah di dalam rumah
Tiga beranak ditemukan dalam keadaan yang mengerikan iaitu berlumuran darah di kediaman mereka sekitar Kediri, Indonesia pada Khamis.
Berdasarkan siasatan polis, daripada tiga mangsa yang ditemukan berlumuran darah itu, dua orang disahkan meninggal dunia.
Manakala, seorang lagi berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani rawatan di hospital.
Kejadian berlaku berhampiran sebuah perkampungan yang berada di dalam kawasan kebun buluh.
Dalam perkembangan terkini, anggota polis dan pasukan forensik masih menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.
Pegawai polis tempatan, Bimo menjelaskan bahawa pihaknya masih menyiasat kronologi insiden malang yang menimpa mangsa dengan melakukan pemeriksaan di tempat kejadian.
Dia juga meminta keterangan daripada saksi-saksi penduduk sekitar.
“Ketika ini, kami sedang mengambil keterangan saksi daripada penduduk dan anggota polis masih menjalankan pemeriksaan, terutamanya untuk menentukan punca kematian mangsa serta motifnya,” jelas Bimo.
Sementara itu, salah seorang penduduk di sekitar lokasi kejadian dikenali sebagai Rudi, berkata penemuan keluarga yang menyayat hati itu membimbangkan masyarakat sekitar. – Agensi