Pendakwah bebas sedih ada ahli agama ‘sembah’ WHO & Zionis

Pendakwah bebas sedih ada ahli agama ‘sembah’ WHO & Zionis

 

Pendakwah bebas tanah air, Ustaz Abu Syafiq kali ini memuatnaik hantaran yang cukup menarik perhatian orang ramai di media sosial sekaligus menjadi bualan hangat dikalangan mereka.

Sedih Dengan Golongan Agamawan

Menurut Abu, dia berasa kesal dan sedih kerana terdapat golongan ahli agama yang diam membisu dalam soal vaksin dan wabak yang telah dicanang oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Malah, orang ramai turut berasa takut dan bimbang apabila dimomokkan dengan jumlah data jangkitan di media sosial.

“Rakyat sudah nampak permainan angka dan nombor ini.

Reka. Masukkan kepalsuan dalam kebenaran. Takutkan. Bimbangkan.

Untung adalah Yahudi Zionis dan WHO.

Tapi paling sedih agamawan ada yang ‘sembah’  mereka.

Ibarat wahyu umpama sabda.

Agamawan membisu.

Bangkitlah bersatu menentang kedajalan ini !” Tulisnya

Netizen Setuju Dengan Pandangan Abu 

Melihat muat naik pendakwah tersebut, rata-rata ramai pengguna media sosial bersetuju dengan pendapatnya dan masing-masing berkongsi pandangan tersendiri diruangan komen hantaran Abu.

“Dah sedap makan gaji cakap banyak kena tindakan, tutup mulut sahaja baru selamat tembolok sendiri”

“Benar ustaz, sama-sama kita menentang kezaliman manusia bertopengkan syaitan ni. Allah ada bersama dengan kita moga Allah lindungi kita yang teraniaya ini. Lawan tetap lawan, Melayu jangan dicabar bila dicabar binasalah badan!”

“Tak vaksin atau vaksin sama je…..  Boleh dijangkiti dan menjangkiti…” Komen mereka