Pendakwah bebas ‘mati akal’ stesen TV gagal lunas bayaran penuh

Pendakwah bebas ‘mati akal’ stesen TV gagal lunas bayaran penuh

 

Seorang pendakwah bebas dikatakan ‘mati akal’ apabila sebuah stesen TV didakwa gagal melunaskan bayaran kerja yang sudah dilaksanakan.

Difahamkan, stesen TV itu masih gagal menyelesaikan bayaran penuh yang dianggarkan sebanyak puluhan ribu ringgit kepada pendakwah berusia awal 30-an itu.

Apa yang menyedihkan, pendakwah terbabit dikatakan tidak tahu untuk berkongsi masalah yang dihadapi kepada siapa kerana bimbang akan menjejaskan periuk nasinya.

Bagaimanapun, pendakwah terbabit ada menceritakan perkara itu kepada kenalan rapatnya yang juga rakan selebriti, namun masih tidak dapat membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Stesen TV itu berhutang dengannya dengan jumlah yang banyak. Dia sudah tidak tahu untuk berkongsi masalah yang dihadapi kepada siapa lagi,” kata seorang sumber kepada Harian Metro.

Harian Metro cuba  menghubungi pendakwah itu bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.