Rupanya ini pencipta sebenar lagu ‘Abuya Skibidi’ yang tengah viral di TikTok

Rupanya ini pencipta sebenar lagu ‘Abuya Skibidi’ yang tengah viral di TikTok

 

Pencipta lagu Abuya Skibidi, Amir Syamsul, menegaskan bahawa lagu jenaka ciptaannya itu tidak ditujukan atau menyindir mana-mana pihak.

Beliau juga menafikan bahawa dirinya adalah ahli kepada Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Syamsul menyatakan bahawa lagu tersebut dicipta sekadar untuk suka-suka dan tidak menyangka lagu itu akan menjadi tular di pelbagai platform media sosial.

“Maksud ‘skibidi’ adalah perkara kelakar, dan kalau ada pihak yang mengaitkannya dengan isu lain, itu di luar pengetahuan saya,” katanya kepada mStar.

Amir Syamsul turut mengakui bahawa beliau menerima kecaman daripada ramai pihak, namun tidak melatah kerana baginya, lagu tersebut tiada kaitan langsung dengan sebarang isu yang melibatkan GISB.

Beliau juga terkejut apabila mendapati lagu tersebut dikaitkan dengan isu semasa yang sedang berlaku. Malah, tiada pihak dari GISB yang menghubunginya berkenaan isu berkaitan lagu tersebut.

Syamsul menambah bahawa lagu ciptaannya dan isu semasa yang sedang berlaku adalah dua perkara yang berbeza, dan secara kebetulan lagu tersebut menjadi viral ketika kes berkenaan sedang hangat diperkatakan.

Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa lagu tersebut dihasilkan dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Amir Syamsul mengakui bahawa ada pihak yang menegurnya kerana membuat lagu parodi yang dianggap berkaitan dengan orang yang sudah meninggal dunia.

Namun, beliau menjelaskan bahawa ‘Abuya’ yang disebut dalam lirik lagunya itu tiada kaitan dengan ‘Abuya’ yang dimaksudkan oleh segelintir pihak.