“Penat-penat kita masak & rekod, macam tu je dia rembat” – Che Nom terkilan konten resepi dicuri individu di TikTok
Salah satu cabaran yang dihadapi pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial adalah apabila konten mereka diambil dan dimuat naik semula oleh pihak lain tanpa kebenaran.
Itulah yang dihadapi oleh YouTuber konten masakan, Che Nom yang meluahkan rasa kesal apabila mendapati videonya dicuri oleh sebuah akaun di TikTok.
“Penat-penat kita masak, record, shooting, dan edit macam itu je dia rembat video kita, tinggi pula views tu…adoii,” luah Che Nom di Facebooknya.
Menerusi ruangan komen, Che Nom atau nama sebenarnya Normah Bakar juga mendakwa sebarang laporan kepada TikTok tidak memberi kesan seperti kes yang dialami oleh rakannya sebelum ini.
Pada masa yang sama, beliau meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan KPDN untuk menyelesaikan isu tersebut.
Menurut pencipta kandungan lain, Limau Nipis yang turut menghadapi masalah yang sama, katanya akaun sebegini diwujudkan untuk mengumpul jumlah pengikut yang banyak, kemudian mereka akan menjualnya kepada yang berminat pada harga ribuan ringgit.
Seorang lagi pencipta kandungan, Buat Orang Lapo mengatakan sudah bertahun-tahun menyuarakan isu tersebut namun tiada perubahan.
Sementara itu, meninjau ke akaun TikTok terbabit, dapat dilihat majoriti video yang dimuat naik adalah video resepi Che Nom. Ini menyebabkan ramai yang salah sangka akaun tersebut merupakan akaun TikTok Che Nom.
@caramasakk1 #fyp #foryou #foryourpages #malaysia #indonesia #makan #masak @AisarKhaledd @Hansen Vendi Agus @Indosiar Sports @Malaysian Update @Miss Universe Philippines @cara masak Malaysia 🔥 @Pesona Indonesia @TV3Malaysia @TikTok LIVE Indonesia @TikTok Malaysia @TikTok Treats Indonesia @tiktokIDofficial @TikTok UKM Indonesia @Timnas Indonesia @user63273455560 @UtusanTV