“Penat mak dia buat, tapi tak bagi rasa” – Murid malu bawa keluar makanan jamuan kiriman ibu, tindakan guru ini buat ramai terharu

“Penat mak dia buat, tapi tak bagi rasa” – Murid malu bawa keluar makanan jamuan kiriman ibu, tindakan guru ini buat ramai terharu

 

Menjadi acara tahunan di sekolah, guru akan mengadakan jamuan kelas bersama murid. Dalam jamuan ini, murid-murid akan membawa makanan masing-masing untuk menjamu selera bersama.

Namun, ada perkara yang tidak enak didengar tentang jamuan kelas apabila ada murid yang berasa terpinggir dan sedih kerana makanan yang dibawanya tidak disentuh.

Disebabkan itu, mahu menjaga hati ibu bapa yang bersusah payah memasak, si anak sanggup membuang makanan yang dibawa.

Di sini, guru memainkan peranan penting dalam membahagikan tugas dan jenis makanan yang perlu dibawa murid-murid agar tidak berlaku pembaziran.

Tular di TikTok, seorang guru berkongsi video mengenai seorang anak muridnya yang malu untuk menghidangkan makanan yang dibawa bersama juadah lain.

Menerusi video berdurasi satu minit 54 saat itu, guru tersebut menemui hidangan merupakan agar-agar santan yang dibawa oleh anak muridnya untuk jamuan kelas.

@azfaizalaziz

Terasa betul dlm lubuk hati, murid susah ke, murid senang ke, kaya dan miskin tu hanya atas dunia je .Cikgu layan sama rata je dik..😭😭😭😭

♬ original sound – Cikgu Faizal – Cikgu Faizal

“Tengok ini, cikgu jumpa kuih ini. Murid saya sembunyi, malu nak bawa keluar. Saya ambil. Mana boleh malu-malu nak bawa keluar, penat mak dia buat tapi tak bagi cikgu rasa,” kata guru terbabit.

Guru tersebut kemudian memakan agar-agar tersebut sambil memuji rasa hidangan itu. Kemudian, guru itu memanggil anak-anak muridnya yang lain untuk sama-sama menikmati agar-agar tersebut.

“Terasa betul dalam lubuk hati, murid susah ke, murid senang ke, kaya dan miskin tu hanya atas dunia je. Cikgu layan sama rata je dik,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tindakan guru terbabit meraih pujian ramai kerana disifatkan pandai menjaga hati anak muridnya.

Dalam pada itu, ada yang menyatakan pernah mengalami nasib hidangan yang dibawa tidak dijamah. Ada juga berkongsi cara untuk mengelakkan pembaziran makanan dalam jamuan.

Screenshot 2024 02 09 174530 Screenshot 2024 02 09 174458