Penat dipaksa kejar trip, pemandu bas bawa laju dan ugut brek mendadak

Penat dipaksa kejar trip, pemandu bas bawa laju dan ugut brek mendadak

 

Seorang penumpang bas ekspres memaklumkan pemandu bas ugut brek mendadak dan pandu laju di Terowong Menora susulan terlalu penat apabila dipaksa mengejar trip perjalanan.

Ciapan tersebut dikongsi satu akaun di platform X milik Neko (From The Vault) apabila mendakwa bas terbabit telah dipandu laju dan berbahaya sehingga hal tersebut disedari penumpang-penumpang lain.

Ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (RnR), penumpang sempat bertanya tentang kondisi pemandu terbabit dan dia seakan meluahkan rasa kesal terhadap pengurusan syarikat kerana mengerahnya melakukan trip yang cukup banyak pada hari berkenaan.

Ujar pemandu itu, dia sudah melakukan trip dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Penang pada semalam hari sebelum bersambung ke TBS menuju Johor dan ke Penang semula tanpa ada pemandu kedua.

Dia juga berasa kejang di bahagian kaki dan taangannya tidak boleh bergerak berkemungkinan hampir strok kerana terlalu penat.

Pemandu itu memberitahu yang dirinya tidak kisah untuk diviralkan supaya pihak pengurusan dikenakan tindakan.

pemandu bas ugut brek mendadak

pemandu bas ugut brek mendadak

Menurut pengguna X itu lagi, dia bertanya kepada pemandu berkenaan kerana ada seorang penumpang wanita memberitahunya yang dia terdengar perbualan pemandu terbabit dalam keadaan marah apabila dikerah mengejar trip sehingga tidak berdaya.

Dia menyatakan yang pemandu bas ugut brek mendadak supaya kesemua penumpang kehilangan nyawa.

“Pastu aunty ni sembang dengan saya, dia cakap “I tak boleh tidurlah, lagu kuat sangat, lepaastu bawa lagu, driver bising cakap management teruk. Siap cakap nak tarik handbrake biar semua dalam bas mati” tulisnya.

Susulan daripada itu, dia menyarankan agar pemandu terbabit berehat sebenar dan memberi peluang untuknya tidur kerana bimbang kejadian tidak diingin berlaku.

Difahamkan, mereka yang bergerak menuju ke Penang Sentral, Butterwoth itu telah selamat sampai walaupun dalam tempoh waktu yang agak lewat.

pemandu bas ugut brek mendadak