Penat bersihkan nama mat moto, Zul Huzaimy ‘sekolahkan’ Haqiem Stopa depan peminat

Penat bersihkan nama mat moto, Zul Huzaimy ‘sekolahkan’ Haqiem Stopa depan peminat

 

Bermula daripada TikTok dengan menayangkan koleksi motosikal yang dimiliki, nama Haqiem Stopa dilihat semakin meningkat naik selepas diangkat sebagai Ikon Permotoran Negara oleh Timbalan Menteri Belia Dan Sukan.

Terbaharu, selepas mencipta kontroversi memandu Audi tanpa lesen memandu serta memperlekeh mereka yang tidak mempunyai Audi, Haqiem Stopa baru-baru ini telah digandingkan di atas satu pentas bersama pelakon filem Remp-It iaitu Zul Huzaimy.

Menerusi video perkongsian TikTok @nadia_gurlgurlzboboy, dapat dilihat Zul Huzaimy dengan selamba ‘sekolahkan’ Haqiem Stopa secara berdepan dengan memaklumkan beliau sudah bertahun-tahun membersihkan nama mat moto yang tercemar.

@nadia_gurlgurlzboboy

Stopa kene skolah ke tu???? 🤣🤣🤣🤣 #stopa #spark #hakimstopa #zulhuzaimy_m

♬ original sound – Nadia gurlgurlzboboy – Nadia gurlgurlzboboy

Zul Huzaimy yang popular dengan watak sebagai Spark memaklumkan kehadiran Haqiem Stopa seolah merosakkan dan menghina golongan mat moto. Zul Huzaimy juga turut memaklumkan kehadiran beliau untuk menasihatkan Haqiem Stopa.

Nasihat Zul Huzaimy dengan gaya watak Spark sekaligus turut mendapat perhatian penonton di acara tersebut. Video yang dikongsikan ini secara tidak langsung turut menjemput komen para netizen.

Nasihat Zul Huzaimy dengan gaya watak Spark sekaligus turut mendapat perhatian penonton di acara tersebut. Video yang dikongsikan ini secara tidak langsung turut menjemput komen para netizen.

Sumber: @nadia_gurlgurlzboboy

Sumber: @nadia_gurlgurlzboboy

Terdapat netizen yang kagum dengan nasib Haqiem Stopa yang dengan ‘tenang’ menerima teguran. Tidak kurang juga, simpati dengan kecaman yang diterima beliau sejak dilabel sebagai Ikon Permotoran Negara.

Setakat artikel ditulis, video yang baru sahaja dikongsikan tidak sampai 24 jam ini telah meraih lebih 2.3 juta tontonan serta lebih 2,000 komen daripada netizen.