Penantian berakhir, warga emas timang cahaya mata pertama pada usia 80 tahun

Penantian berakhir, warga emas timang cahaya mata pertama pada usia 80 tahun

 

Seorang warga emas berusia 80 tahun berjaya tarik perhatian umum apabila dikurniakan rezeki memiliki anak meskipun usianya sudah melepasi lebih separuh abad.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, isteri warga emas yang berusia 42 tahun itu selamat melahirkan anak perempuan pada 31 Mei kira-kira jam 9.30 malam.

@ummimakhapakyob

Kurnian zuriat dari Allah di usia Ayahnya umur 80 tahun, 9.30mlm hari Jumaat 31May2024 Puteri kami dilahirkan

♬ original sound – Ummi Mak Ha Pak Yob – Ummi Mak Ha Pak Yob

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan warga emas itu sedang melafazkan iqamah dan difahamkan, zuriat tersebut merupakan anak sulung pasangan itu selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

“Kurniaan zuriat dari Allah di usia ayahnya umur 80 tahun, 9.30 malam hari Jumaat 31 Mei 2024, puteri kami dilahirkan,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut dikurniakan zuriat dan ada wanita yang sedang ‘Trying To Conceive’ (TTC) mendoakan mereka memiliki anak kelak.

Dalam pada itu, ramai juga dalam kalangan wanita berkongsi pengalaman mereka melahirkan zuriat pada usia lebih 40-an dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan tuhan.