Pemuda Dap Perak buat laporan polis berhubung dana RM8.6 juta kepada PKN

Pemuda Dap Perak buat laporan polis berhubung dana RM8.6 juta kepada PKN

Ketua Pemuda DAP Perak, Steven Chaw bersama pucuk pimpinan DAPSY Perak serta Pemuda PH Perak membuat laporan polis berhubung dana RM 8.6 Juta kepada Pertubuhan Penggerak Dasar Komuniti Negara Malaysia (PKN), tengah hari tadi.

Beliau berkata, dana yang diberikan itu merupakan satu nilai yang amat besar dan tidak munasabah.

“Saya berharap pihak polis akan menjalankan siasatan secara telus, adil dan saksama kerana dana berkenaan tiada kepeluan dan tidak memberi penekanan kepada kebajikan rakyat kerana ia hanya tujuan politik semata.

Pada masa sama, beliau juga berasa hairan mengapa peruntukan yang begitu besar sekali diberikan kepada satu badan bukan kerajaan.

Katanya, beliau telah memperolehi maklumat setelah membuat pencarian melalui laman sesawang rasmi Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, didapati pengerusi kepada pertubuhan berkenaan adalah Nor Hizwan Ahmad dimana beliau adalah setiausaha politik kepada Menteri KPKT.

“Cuba bayangkan peruntukan sebanyak RM8.6 juta itu jika diagihkan kepada 11 orang ahli jawatankuasa itu, seorang akan dapat RM780 ribu.

“Lebih baik jika peruntukan itu disalurkan kepada Kementerian Kesihatan untuk digunapakai ke atas petugas barisan hadapan,” katanya ketika di temui oleh media.

Sumber: Perak Today