Pemuda AMANAH umum 13 Ketua Pemuda Negeri, Khairol Najib kekal sebagai Ketua Pemuda Perak

Pemuda AMANAH umum 13 Ketua Pemuda Negeri, Khairol Najib kekal sebagai Ketua Pemuda Perak

 

Parti Amanah Negara (AMANAH) mengumumkan pelantikan 13 Ketua Pemuda AMANAH Negeri bagi tempoh bermula tahun lalu, hingga 2026.

Setiausaha Pemuda AMANAH, Ahmad Shahir Mohd Shah, berkata Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Pemuda AMANAH yang bermesyuarat semalam, membuat keputusan secara sebulat suara melantik Ketua Pemuda Negeri bagi sesi 2023-2026.

“Proses pelantikan Ketua Pemuda Negeri berjalan baik dan telah dibincangkan JKP Pemuda AMANAH Nasional dengan mengambil kira pelbagai faktor dan pemberat yang terkait dengan halatuju Pemuda AMANAH untuk sesi kali ini.

“Keterbukaan dalam proses pencalonan ini memberikan ruang yang luas kepada akar umbi Pemuda AMANAH di setiap negeri untuk mencadangkan nama Ketua Pemuda Negeri dengan mengambil kira kemampuan dan komitmen yang akan diberikan untuk memacu Pemuda AMANAH di peringkat negeri masing-masing,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhan JKP Pemuda AMANAH berjaya membuat keputusan pelantikan Ketua Pemuda Negeri bagi 13 negeri kecuali Sarawak.

“JKP Pemuda AMANAH Nasional telah melantik Naib Ketua Pemuda, Rendy Ismail, bagi menguruskan proses pencalonan Ketua Pemuda Sarawak.

“Selamat maju jaya kepada semua Ketua Pemuda Negeri yang dilantik. Semoga dapat melaksanakan tugas dengan baik dan beramanah,” katanya.

Senarai Ketua Pemuda AMANAH Negeri

1. Dr Ahmad Fadzhzil Mohamad – Perlis

2. Muain Ahmad Shukri – Kedah

3. Muhammad Khairul Mohd Ali – Pulau Pinang

4. Khairol Najib Hashim – Perak

5. YB Danial Al-Rashid Haron – Selangor

6. Muhammad Faris Arriffin – Wilayah Persekutuan

7. Mohd Hanis Alimin – Negeri Sembilan

8. Akmal A Karim – Melaka

9. Muhammad Taqiuddin Cheman – Johor

10. Wan Muhammad Rahmat Wan Hashim – Pahang

11. Wan Mohd Hasbi Haliq Wan Ahmad – Terengganu

12. Mohd Zulhazmi Hassan – Kelantan

13. Salleh Jatil – Sabah

Ketua-ketua Pemuda Negeri Parti Amanah Negara.