Peminjam PTPTN ini didakwa masih berhutang 1 sen, tiba-tiba dapat surat amaran perlu bayar RM515

Peminjam PTPTN ini didakwa masih berhutang 1 sen, tiba-tiba dapat surat amaran perlu bayar RM515

Cikgu dapat emel surat amaran, akan diambil tindakan mahkamah oleh PTPTN.. perlu bayar rm515.. padahal mei 2015 dah bayar habis lumpsum guna KWSP..

Lepas email… call asyik tak masuk… cikgu mesej FB ptptn..

Ini hasil semakan kes…1sen boleh jadi rm515 selepas 6 tahun… dah habis bayar ikut jumlah akhir yang PTPTN bagi. Tak tahu mana datang 1 sen tu.

Rupanya ada lagi yang senasib.. habis bayar tetapi pinjaman masih berjalan.

Edit:

Terima kasih… ramai bagi cadangan yang baik… ada yang tanya berulang, jadi saya terangkan di sini.

1. Tak dapat surat pelepasan ke?

Tak… disuruh tunggu sebulan, sampai sudah tak dapat… bila call.. akan disemak tetapi tak ada yang hubung balik.

Check link ptptn, surat pelepasan tak pernah dicetak… saya pindah terengganu, jadi tak fikir dah… lupa pun ya.

2. Ada juga yang cadangkan, kenapa tak bayar lebih beberapa sen?

Bila bayar baki ptptn guna duit kwsp, PTPTN akan kira dan tentukan jumlah bayaran akhir… jadi bukan bawah kawalan kita. PTPTN akan direct berurusan dengan KWSP. sepatutnya 1sen tak wujud.

Kalau buka gambar bawah, ptptn ada balas akan bagi maklumbalas selepas 7 hari…. jadi perlu tunggu dengan penuh kesabaran 😊 kita tunggu jelah ye?

#HanyaKerana1sen #ptptn