Peminat tegar Syahmi Sazli tak puas hati Bell Ngasri menang, nak mogok lapar seminggu tanda protes

Peminat tegar Syahmi Sazli tak puas hati Bell Ngasri menang, nak mogok lapar seminggu tanda protes

 

Selain menjulang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Berita Harian kali ke-35, Bell Ngasri turut berjaya membawa pulang trofi Artis Komedi Paling Popular sekaligus mengenepikan empat lagi calon lain yang berada dalam Top 5 iaitu Syahmi Sazli, Jaa Suzuran, Johan dan Zizan Razak.

Peminat tegar tak terima Syahmi Sazli kalah

Namun begitu, menerusi luahan seorang peminat tegar Syahmi Sazli di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini telah meluahkan rasa geram dan kecewa apabila selebriti kegemarannya tidak berjaya membawa pulang trofi.

Lebih layak dari Bell Ngasri

Menerusi hantaran yang dibuat, dia merasakan Syahmi paling layak membawa pulang trofi Artis Komedi Popular kerana dia telah melakukan semua cabang seni termasuklah pandai berniaga.

Ujarnya, tidak sepatutnya Bell ‘mengaut’ semua kategori kerana Syahmi lebih layak dan merupakan pelapis muda dalam industri seni.

Jadi, dia sebagai peminat tegar kepada YouTuber asal Kelantan itu akan melakukan mogok lapar selama seminggu sebagai tanda protes terhadap keputusan yang tidak memuaskan hatinya.

Dia juga berharap supaya ABPBH tahun hadap memperlihatkan Syahmi sebagai pemenang untuk kategori yang dicalonkan disamping memberikan rating 1/10 sahaja untuk anugerah berprestij itu pada tahun ini.

Terdahulu, Syahmi telah memuat naik hantaran di media sosialnya memberitahu sudah tiba di Kuala Lumpur demi melihat kemenangan Bell Ngasri yang diuar-uarkan sebagai pemenang pada ABPBH malam tadi.

Namun begitu, dia bersama Yoe Parey dan Asif Suhaimi tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut memenangi kategori online iaitu Lawak Viral Paling Popular.