Peminat pertikai Harimau Malaya rekrut pemain ‘kuda tua’ seperti De Paula

Peminat pertikai Harimau Malaya rekrut pemain ‘kuda tua’ seperti De Paula

HARAPAN menggunung peminat bolasepak Malaysia untuk melihat skuad Harimau Malaya memberi cabaran sengit pada pertemuan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), nyata meleset.

Apa yang mengecewakan, Harimau Malaya yang sepatutnya tampil lebih garang mengaum dalam perlawanan itu susulan diperkuatkan beberapa pemain neutralisasi baru, tidak menepati jangkaan dan telah mengundang kecaman para penyokong bolasepak negara.

Hari ini, media sosial dihujani dengan kecaman dan kritikan pedas netizen yang kecewa dengan prestasi ditunjukkan beberapa pemain neutralisasi terutamanya penyerang Guilherme De Paula.

Rata-rata mempertikaikan bagaimana Harimau Malaya boleh merekrut pemain ‘kuda tua’ seperti De Paula.

De Paula, 35, seperti hilang arah dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Zabeel, Dubai semalam.

Dia bagaikan penumpang dalam kesebelasan Tan Cheng Hoe, malas dan ‘tidak mahu’ terlibat dalam permainan apabila hanya berjalan-jalan sepanjang perlawanan.

De Paula juga gagal melakukan sebarang bantuan dan melakukan tekanan ketika skuad negara kehilangan bola.

Lebih memalukan, De Paula juga gagal menanduk ‘free header’ hantaran cantik Safawi Rashid di depan gawang gol UAE.

Bola yang sepatutnya dapat ditanduk De Paula ke arah gol, sebaliknya dia melakukan tandukan ‘clearing’ persis pertahanan tengah ke tepi kotak penalti.

“Macam ini punya striker, baik ambil pemain remaja Piala Presiden saja main. Ada tak menambah, tiada tak berkurang,” komen seorang netizen terhadap video aksi tandukan longlai De Paula yang tular di media sosial hari ini.

“Kuat apa, lagi teruk Malaysia main. Ingatkan masuk neutralisasi lagi hebat Malaysia, rupanya dapat De Paula ni terus jadi harimau menangis Malaysia,” komen netizen.

“Lebih baik lah kita bagi anak tempatan main, bagi orang asing macam De Paula ni memang tak ada semangat patriotik main untuk Malaysia, dah lah kuda tua, main pun taraf-taraf biasa je,” kecam netizen.

Malaysia terkulai dibelasah 4-0 oleh UAE menerusi dua gol dihasilkan penyerang prolifik tuan rumah, Ali Mabkhout (m-19 dan m-91) serta pemain naturalisasi yang dibawa masuk pada babak kedua, Fabio Lima (m-83 dan m-93).

Anak buah Bert van Marwijk dilihat menguasai hampir keseluruhan permainan manakala jentera tengah negara pula tampak gagal memberikan impak selain kekerapan kehilangan bola.

Malaysia tiada pilihan lain dan perlu bangkit meraih baki dua perlawanan sekali gus menghidupkan peluang dalam saingan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sumber: Malaysiapost