Peminat Perak mohon perkenan campur tangan Sultan Nazrin selamatkan bolasepak negeri

Peminat Perak mohon perkenan campur tangan Sultan Nazrin selamatkan bolasepak negeri

 

Bagaikan sudah hilang tempat untuk mengadu, ada suara2 dikalangan penyokong setia sang ‘Seladang’ mahu diberi ruang untuk kemelut yang melanda sukan bolasepak Perak ini dirujuk kepada orang no 1 di negeri itu agar tindakan penyelamatan dapat dilakukan demi menyelamatkan pasukan Perak FC agar pasukan ini tidak mengikuti langkah Persatuan Bolasepak Perlis PFA yang telah digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) & kini sedang menjalani hukuman penggantungan daripada sebarang aktiviti bola sepak oleh FIFA sejak awal 2019.

Mengikut rekod, skuad Singa Utara yang mula ditubuhkan pada 1963 itu menanggung sekurang-kurangnya 64 kes dengan 58 daripadanya kes di FAM manakala enam lagi membabitkan kes di FIFA.

Bermula dari tunggakan gaji pemain yang menghantui pasukan, penyokong Perak FC dikejutkan dengan penghijrahan mengejut kapten pasukan itu Shahrul Saad pada 7 Mei lalu bagi menyertai pasukan Johor DT selepas ura-ura perpindahan pemain itu ke Pahang tular di media sosial, bagaikan banjir kilat yang melanda kem Perak, 4 lagi pemain utama turut meninggalkan pasukan & seorang pemain Nazirul Naim mohon tidak dilepaskan Perak, sebaliknya mahu status perpindahan ke Sabah ditukar hanya kepada pinjaman kerana pemain itu masih berharap dapat kembali semula ke pasukan negeri kelahirannya itu untuk musim 2022.

Perak FC dilihat kembali stabil dengan bantuan yang disalurkan Dato Seri Saarani Mohamad selaku Menteri Besar dipenghujung saingan liga, namun sangkaan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, Pasukan disaingan Piala Malaysia kembali dihantui masalah yang sama , iaitu tunggakan gaji malah keterbukaan sebuah syarikat yang terlibat dalam menguruskan padang sintetik serta penganjuran liga dan akademi bola sepak KOPA ARENA mengenai punca pembatalan untuk meneruskan proses pemilikan didedahkan pada umum & situasi ini benar2 mengecewakan penyokong yang menyangkakan Kopa Arena dan Persatuan Bolasepak Perak PAFA sudah mencapai kata sepakat, rupanya tidak.

Kini, isu hutang kembali semula, ada yang sudah tidak mampu disembunyikan pemain lagi, mereka dikhabarkan sudah tidak dibayar gaji berbulan bulan, kos selenggara perlawanan juga menjadi masalah besar buat pasukan. Kehadiran di stadium juga buat pertama kali sekadar 200 orang sahaja yang hadir memberi sokongan ketika perlawanan Perak & Kuching City tempohari. Suara jurulatih lebih kuat & jelas didengar dari hiruk pikuk suara penyokong yang datang menyokong.

Bolasepak Perak sewaktu dibawah pentadbiran DYMM Sultan Nazrin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Shah (ketika itu Raja Muda) melalui zaman kegemilangannya dengan berjaya merangkul kejuaraan bermula dengan Piala Sumbangsih pada 1999, Juara Piala Malaysia 2000, Naib Juara Piala Malaysia 2001, Naib Juara Piala FA 2002, Juara Liga Perdana Satu 2002 & 2003, Juara Piala FA 2004, Naib Juara Piala FA 2005, Piala Sumbangsih 2005 & 2005/2006 dua kali berturut-turut.

Mohon dengan izin🙏
🤍💛🖤