Pemimpin kanan Pas didakwa ceraikan isteri hanya guna pesanan whatsapp sahaja?

Pemimpin kanan Pas didakwa ceraikan isteri hanya guna pesanan whatsapp sahaja?

Ketua Dewan Muslimat Pas, Ustazah Nuridah Salleh diminta mengesahkan apakah benar cerita seorang pemimpin kanan Pas telah berkahwin seorang lagi di sebuah masjid di Perak tetapi tidak didaftarkan perkahwinan itu.

Sudahlah begitu, wanita itu kemudiannya diceraikan oleh pemimpin Pas berkenaan tidak sampai setahun kemudian dan ia dilafazkan hanya menggunakan pesanan Whatsapp sahaja.

Ekoran itu, wanita berkenaan terkontang-kanting tentang nasibnya dan didakwa mengadu hal ini kepada Nuridah namun ia gagal diselesaikan secara baik sehingga sekarang.

Cerita mengenainya sekarang sedang tular dalam media sosial.

Menurut sumber, pemimpin berkenaan bernikah di sebuah masjid di Seri Iskandar, Perak yang disempurnakan oleh seorang imam di sana. Kenduri juga diadakan di masjid berkenaan.

Pemimpin Pas berkenaan sepatutnya mendaftarkan pernikahan itu dengan Pejabat Agama Perak namun ia tidak dilakukan.

Beliau didakwa berjanji akan mendaftarkan perkahwinan itu di Kelantan tetapi ia juga tidak dilakukan sehingga kedua-dua mereka bercerai.

Sumber: Malaysiadateline