Pemilik kereta Singapura kena sound isi RON95, siap ‘claim’ dirinya orang Malaysia

Pemilik kereta Singapura kena sound isi RON95, siap ‘claim’ dirinya orang Malaysia

Sebelum ini, pernah terjadi beberapa isu mengenai pemilik kereta Singapura yang menyalahgunakan minyak petrol bersubsidi khas untuk orang Malaysia. Namun, video yang tular beberapa hari lepas memaparkan isu yang sama tetapi pemilik kereta berkenaan siap mengaku dirinya adalah warga Malaysia.

Kantoi plat kereta Singapura, mengaku orang Malaysia

Dalam video itu, seorang lelaki dilihat sedang mengisi minyak kereta namun, tindakannya telah ditegur oleh seorang lelaki lain yang ternampak plat Singapura pada kereta tersebut. Pemilik kereta itu nampak tertanya-tanya seperti tidak memahami Bahasa Malaysia.

Tidak lama kemudian, seorang wanita datang menghampiri kereta tersebut lalu mengaku dirinya adalah warga Malaysia. Pun begitu, lelaki yang menegur mereka berdua berkali-kali memberitahu bahawa kenderaan bernombor pendaftaran Singapura tidak boleh mengisi minyak petrol RON95 kerana telah merampas hak orang Malaysia.

Selepas ditegur sebegitu, wajah wanita tersebut mudah berubah lalu mengendahkan lelaki tersebut.

Pekerja stesen petrol kena tegur

Kekecohan yang berlaku menyebabkan seorang pekerja stesen petrol itu datang menghampiri mereka lalu dia juga kenaĀ soundĀ dengan lelaki tersebut.

Asal abang bagi dia? Ini plat Singapore, kenapa abang bagi dia isi minyak kuning?

Walau bagaimanapun, mereka berdua berkali-kali meminta maaf dan sekali lagi wanita tersebut mengaku dirinya adalah orang Malaysia.

Di ruangan balas, ramai netizen menggesa pihak berkuasa untuk cakna dengan isu sebegini. Ada juga yang beranggapan wanita tersebut bukanlah orang Malaysia kerana dia tidak fasih bercakap dalam Bahasa Melayu.

Minyak 1