Pembaca berita tahan sebak lapor kematian rakan sendiri, sifatkan Nur Farah Kartini orang yang baik & santun
Penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Anas Farihin menahan sebak sewaktu baca berita tentang Farah Kartini yang merupakan rakannya sendiri sewaktu segmen berita Tengah Malam, Selasa.
Menerusi hantaran yang dibuat Anas di Instagram, dia menyatakan situasi tersebut merupakan kali pertama dalam kerjaya sehariannya sebagai penyampai berita apabila perlu mengawal emosi membaca berita sedih tentang rakannya sendiri.
Ini kali pertama aku menyampaikan berita dimana tahap professionalku betul2 tercabar. Waktu ni emosi perlu dijaga, ekspresi perlu dikawal, sebak didada perlu ditahan,” tulis Anas diruangan kapsyen.
Dalam pada itu, penyampai berita berkenaan juga mengatakan yang Nur Farah Kartini Abdullah, 25 merupakan individu yang sangat baik, lemah lembut dan wajahnya tidak pernah lekang dengan senyuman.
Dia yang mengenali mangsa sejak melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyatakan bahawa wanita itu adalah insan yang cukup dedikasi dalam kerja-kerja yang dilakukan.
Di akhir perkongsian yang dibuat Anas, dia mendoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta menyedekahkan al-Fatihah buatnya.
Penemuan mayat wanita dipercayai Farah Kartini di kawasan Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 6 petang telah merungkai tentang berita kehilangannya yang dilaporkan pada tidak dapat dikesan selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di sekitar kawasan Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak pada Rabu.
Pihak polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi 10 Julai lalu.
Mangsa kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.
@thenoshlerr إنا لله وإنا اليه راجعون Ini kali pertama aku menyampaikan berita dimana taha professionalku betul2 tercabar. Waktu ni emosi ini perlu dijaga, ekspresi ini perlu dikawal, sebak didada perlu ditahan. Faa ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya dan dedikasinya sentiasa diutamakan. Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah #justiceforfa #upsi