“Jadi menantu pakcik nak tak?” – Penumpang luah hasrat mahu jodohkan pemandu Grab dengan anak perempuan

“Jadi menantu pakcik nak tak?” – Penumpang luah hasrat mahu jodohkan pemandu Grab dengan anak perempuan

 

“Jadi menantu pakcik nak tak?” – Penumpang luah hasrat mahu jodohkan pemandu Grab dengan anak perempuan.

Setiap ibu bapa pasti mahu memastikan anak mereka dijodohkan dengan orang yang baik budi perketinya. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari calom yang sesuai.

Baru-baru ini, tular sebuah gambar yang memperlihatkan satu maklum balas yang ditinggalkan oleh seorang pelanggan kepada pemandu Grab menerusi aplikasi.

Bagai satu keajaiban pula apabila maklum balas merupakan tentang seorang bapa meluahkan hasratnya mahu menjodohkan pemandu Grab tersebut dengan anak perempuannya.

“Salam sejahtera anakku, ingat tak pak cik yang awak hantar ke Hospital IIUM pagi tadi? Pak cik ada seorang anak perempuan belum kahwin lagi, umur 28 tahun, dia jadi doktor kat Hospital IUM ni. Anak jadi menantu pakcik nak tak?,” tulis pada maklum balas penghantaran di aplikasi Grab.

Susulan perkongsian gambar berkenaan di platform Reddit telah menjadi perhatian netizen dan rata-ratanya teruja melihat kejadian unik ini yang mana digelarkan sebagai rezeki terpijak.

“Itu namanya rezeki. Berkenalan dulu. Tak salah pun,” komen seorang netizen.

“Pandai hang tawan hati ayahnya,” kata seorang lagi.

“Ciri bagus yang boleh ditambah dari Grab,” seloroh seorang netizen lain.

Ramai juga berpendapat mungkin pakcik itu nampak sesuatu yang bagus terhadap pemandu Grab itu sehingga sanggup menjodohkan anak perempuannya walaupun baru berjumpa tidak sampai sehari.