Pemandu Waja dikecam jadi punca kemalangan gara-gara ‘mengidam’ jeruk mangga tepi jalan

Pemandu Waja dikecam jadi punca kemalangan gara-gara ‘mengidam’ jeruk mangga tepi jalan

 

Walaupun pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran terhadap penjaja jalanan yang membolehkan mereka didenda tidak melebihi RM2,000.00 jika disabitkan kesalahan, namun ada segelintir mereka yang masih meneruskan aktiviti perniagaan di kawasan persimpangan lampu isyarat seperti biasa.

Memetik portal Vocket, baru-baru ini tular satu video dashcam di mana seorang pemandu Proton Waja memberhentikan keretanya secara mengejut di tengah-tengah jalan raya kerana mahu membeli ‘buah jeruk’ yang dijual oleh penjaja jalanan di kawasan berhampiran.

Perbuatan kereta Waja yang tidak sepatutnya itu telah menyebabkan dua buah kereta dibelakangnya telah mengalami kemalangan ketika ‘menunggu’ pemandu Waja tersebut menyelesaikan urusan jual-beli bersama penjaja jalanan terbabit.

Lebih membuatkan orang ramai lagi tidak berpuas hati apabila pemandu Waja tersebut meninggalkan tempat kejadian seperti tiada apa-apa yang berlaku walaupun ‘sudah terang lagi bersuluh’ dia merupakan punca kepada kemalangan yang berlaku itu.

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK HEZERI SAMSURI

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK HEZERI SAMSURI

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK 大山脚吹水站 BUKIT MERTAJAM PAGE

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK 大山脚吹水站 BUKIT MERTAJAM PAGE

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK 大山脚吹水站 BUKIT MERTAJAM PAGE

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK 大山脚吹水站 BUKIT MERTAJAM PAGE

Orang ramai meminta mangsa-mangsa keadaan menyerahkan rakaman dashcam tersebut kepada pihak berkuasa sebagai bukti mereka tidak bersalah dan mencari pemandu Waja yang menjadi ‘punca utama’ dalam hal kejadian terbabit.

Netizen juga mahu penjaja jalanan dikenakan hukuman tegas kerana ini sudah banyak kali aktiviti perniagaan di persimpangan lampu isyarat telah menyebabkan pelbagai insiden yang tidak diingini berlaku melibatkan pelbagai pihak pengguna jalan raya.