Pemandu treler maut, tujuh cedera nahas 3 kenderaan

Seorang pemandu treler membawa muatan dedak haiwan maut manakala tujuh individu cedera selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta dan motosikal di Kilometer 34, Jalan Raya Timur Barat di Tasek Banding, Gerik petang semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Amin Mohamad Ismail, 37, dan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.42 petang.
“Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan pelanggaran tiga kenderaan yang mengakibatkan pemandu treler tersepit.