Pemandu Mercedes tunjuk gengster selepas dihalang guna lorong kecemasan

Pemandu Mercedes tunjuk gengster selepas dihalang guna lorong kecemasan

 

Tular satu rakaman video dashcam di Twitter, di mana ada sebuah Mercedes memberhenti kenderaan lain di dalam kesesakan trafik selama beberapa saat selepas dia berasa marah apabila dihalang daripada terus menggunakan lorong kecemasan.

Video itu bermula dengan kereta yang merakam kejadian itu sedang berada di antara lorong kiri dan lorong kecemasan dipercayai untuk menghalang beberapa buah kenderaan di belakangnya daripada terus menyalahgunakan lorong tersebut.

Kemudian kereta itu ‘membuka ruang’ untuk memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan di belakangnya untuk meneruskan perjalanan mereka. Mercedes berwarna hitam itu terus meluru ke hadapan, lalu menghimpit untuk memberhentikan kereta yang merakam kejadian terbabit.

Pemandu Mercedes itu membuka tingkap dan menjenguk kepala keluar sebentar, lalu membuat aksi seperti membaling sesuatu ke arah kereta yang menghalangnya daripada menggunakan menggunakan lorong kecemasan itu.

Netizen yang menonton video itu berasa kurang senang melihat tindakan pemandu Mercedes itu yang boleh mendatangkan bahaya dan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

Polis Daerah Batu Pahat telah mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian itu berlaku dia KM 124.9 Lebuh Raya Utara-Selatan Yong Peng, Johor dan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Siasatan lanjut masih lagi dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 dan Rule 53A LN 166/59.