Pemandu kereta halang ambulans disahkan ada masalah psikiatri, polis bawa ke hospital untuk rawatan

Pemandu kereta halang ambulans disahkan ada masalah psikiatri, polis bawa ke hospital untuk rawatan

Baru-baru ini tular di media sosial video pemandu wanita halang laluan ambulans walaupun siren telah dibunyikan. Dia yang memandu kereta jenis Toyota Camry langsung tidak ketepi dan mengikuti pergerakan ambulans sehingga menghalang laluan.

Tidak beri ambulans laluan

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kuala Lumpur pada 25 Januari 2024.

Pemandu wanita halang laluan ambulans dikenalpasti

Susulan daripada itu, menerusi kenyataan Pihak Polis Trafik Kuala Lumpur, pemandu berkenaan sudahpun dikenalpasti dan mendapati dia mempunyai masalah mental.

Pemandu wanita halang laluan ambulans ada masalah psikiatri

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh memaklumkan yang pihaknya mengesan pemandu berusia 41 tahunĀ selepas pemandu ambulans membuat laporan polis.

ā€œPemandu kereta jenis Toyota Camry itu dibawa ke Balai Polis Trafik bagi tujuan siasatan.
ā€œBagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan didapati menghadapi masalah psikiatri dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan rawatan serta mendapatkan laporan perubatan,ā€Ā katanya.

Terdahulu, pihak polis telah mengesan video tular di media sosial itu memaparkan ambulans berkenaan dihalang laluannya oleh kereta terbabit di Jalan Lingkaran Tengah II ( MRR2 ) dari arah Lotus Ampang menghala ke Hotel Flamingo.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kenderaan tersebut tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai Polis berhampiran.