Pemandu e-hailing dikecam, kenakan bayaran caj tambahan 20 peratus untuk hidupkan ‘aircond’

Pemandu e-hailing dikecam, kenakan bayaran caj tambahan 20 peratus untuk hidupkan ‘aircond’

 

Perkhidmatan e-hailing seperti InDrive sentiasa menjadi pilihan ramai kerana mudah didapati serta harga fleksibel.

Namun, wujud segelintir pemandu dilihat sengaja mengambil kesempatan untuk mengaut untung dengan cara yang licik di luar pengetahuan syarikat penyedia servis itu.

Baru-baru ini, seorang pemandu dari aplikasi InDrive didakwa meminta penumpangnya membayar caj tambahan 20% selepas dia meminta untuk menghidupkan penghawa dingin sewaktu perjalanan mereka.

Semua ini bermula apabila pemandu e-hailing terbabit menyiarkan hantaran di sebuah grup Facebook, dia berkongsi rasa tidak puas hati dengan penumpangnya.

Pemandu ini didakwa menyuarakan tidak berpuas hati mengenai permintaan salah seorang penumpangnya untuk menggunakan penghawa dingin. Dia menuntut pembayaran tambahan 20% untuk menghidupkannya.

Bagaimanapun, penumpang itu menolak tawarannya dan meneruskan perjalanan tanpa penghawa dingin.

“Hari ini, saya tidak menggunakan penghawa dingin di dalam kereta saya. Seorang penumpang dalam Grab saya meminta saya menghidupkannya, tetapi saya memberitahunya akan dikenakan caj sebanyak 20% untuk berbuat demikian.”

“Kemudian, dia berkata dia mahu memfailkan aduan terhadap saya,” tulisnya, sambil menyatakan bahawa penumpang itu ingin membuat aduan terhadapnya kerana meminta caj tambahan.

Selain itu, dia juga berkata bahawa pemandu sebenarnya boleh memperoleh pendapatan tambahan dengan menyediakan penyaman udara sebagai servis pilihan, dengan menyatakan bahawa ia tidak termasuk dalam tambang secara automatik.

“Jadi, sudah tiba masanya  semua pemandu untuk menjadi bijak dan memperoleh 20% daripada penghawa dingin kereta mereka. Kami tidak salah, penghawa dingin tidak wajib disertakan dalam tambang,” dia menulis dalam hantaran tersebut bagaimanapun telah dipadam sebaik dikecam teruk oleh netizen.

Susulan itu, seorang wanita tampil ke hadapan dan mengulas di ruangan komen menerusi hantaran itu, menyatakan tidak bersetuju berhubung isu caj tambahan. Wanita itu juga menyebut bahawa dia adalah pengguna tetap perkhidmatan e-hailing dan merupakan ahli berdaftar.

“Sila beritahu saya nama yang anda gunakan pada inDrive atau Grab supaya saya boleh menyekat anda. Saya telah menggunakan kedua-dua platform untuk masa yang lama. Saya adalah ahli platinum di Grab, dan saya tidak pernah menemui perkara yang tidak masuk akal seperti itu,” komen penumpang wanita itu.

Dalam kumpulan Facebook yang sama, pengguna wanita itu berkongsi kedua-dua tangkapan layar hantaran pemandu dan tangkapan layar perbualan dengan pusat bantuan perkhidmatan e-hailing.

Dalam pada itu, wanita itu menyerahkan tangkap layar hantaran pemandu untuk siasatan lanjut oleh syarikat penyedia e-hailing.

Menurut Vocket, hantaran itu lantas tular di media sosial sekaligus menimbulkan kemarahan netizen yang mana membidas caj tambahan yang dikenakan untuk menghidupkan penghawa dingin oleh pemandu tidak bertanggungjawab terbabit.

Susulan itu, ramai memuji wanita itu kerana berani mendedahkan taktik licik tersebut di samping melaporkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya.