Pemandu didakwa mabuk rempuh rumah hingga masuk ruang tamu

Pemandu didakwa mabuk rempuh rumah hingga masuk ruang tamu

Masalah pemandu mabuk dan membahayakan orang lain sememangnya tidak pernah habis dibahaskan. Pasti ada sahaja kes baru melibatkan individu tidak bertanggungjawab ini ditularkan orang awam kerana bengang dengan sikap mereka.

Sampai masuk ruang tamu

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Jamaliah Mimhat, dia telah memuat naik gambar rumah keluarganya yang rosak apabila dirempuh sebuah kereta pada awal pagi.

 

Katanya mabuk

Rempuhan kuat itu membuatkan dinding rumah ibu bapanya pecah dan kereta yang dipandu individu tersebut remuk dibahagian hadapan.

Menurutnya, pemandu berkenaan dipercayai dalam keadaan mabuk dan pasti perkara terbabit begitu membuatkan mereka sekeluarga marah.

Nasib family takde apa2

Perkongsian tersebut juga membuatkan warganet berasa geram kerana tindakan  sebegitu amat membahayakan orang yang tidak bersalah.

Mereka juga merasakan duduk di dalam rumah sendiri masih lagi tidak selamat disebabkan wujud individu seperti itu.

Seram tengok rumah sampai macam tu

Dalam rumah pun dah tak selamat

Minta renovate rumah terus

Terima kasih yang prihatin

Dalam ciapan lain pengguna Twitter tersebut, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang prihatin terhadap nasib keluarganya.

Dia juga memaklumkan mereka semua selamat kerana masing-masing tidur di dalam bilik dan bukan di ruang tamu rumah.