Pemandu bot akhirnya dedah kebenaran, lawyer dilantik Ibu Tangmo Nida pula rupanya ‘peguam palsu’

Pemandu bot akhirnya dedah kebenaran, lawyer dilantik Ibu Tangmo Nida pula rupanya ‘peguam palsu’

 

Tafsiran bahawa pemergian awal Mo berpunca daripada kerja khianat ternyata tersasar daripada tekaan ramai.

Walaupun sempat mengelak daripada memberikan rambut untuk sample ujian DNA semalam, akhirnya Robert membuat pengakuan tentang apa sebenarnya yang terjadi pada malam kejadian.

Robert bukan kurang kemahiran, tapi langsung tak tahu pandu bot

Melalui hasil soal siasat sebelum ini, polis mendapati Robert merupakan pemandu bot yang kurang kemahiran mengendalikan kenderaan air terbabit.

Namun rupa-rupanya, dia langsung tidak tahu memandu speedbot itu namun sekadar mahu mencuba sahaja. Siapa sangka secara tidak sengaja, lelaki terbabit menekan enjin pada kelajuan luar biasa sekali gus menyebabkan Mo tercampak masuk sungai.

Sekarang ni, peguam ibu Mo gagal dihubungi oleh pihak wartawan

Dalam pada itu, berita terbaru juga melaporkan bahawa peguam K’Gritsana yang dilantik oleh Panida Siriyudthayothin merupakan individu tidak bertauliah.

Firma guaman yang didakwa sebagai tempatnya bekerja juga mengeluarkan kenyataan bahawa mereka langsung tidak pernah mengeluarkan lesen perkhidmatan.

Selain itu, dia juga pernah mempunyai sejarah penipuan melibatkan beberapa pihak dan hingga kini tuntutan ganti rugi masih belum dilangsaikan.

Robert Akhirnya Dedah Kebenaran, Peguam Dilantik Ibu Mo Rupanya Hanya Penyamar 5

Robert Akhirnya Dedah Kebenaran, Peguam Dilantik Ibu Mo Rupanya Hanya Penyamar 6

Tindakan undang-undang bakal dikenakan kepada ‘peguam palsu’ yang dilantik oleh ibu Mo

Meskipun gagal dihubungi, kini mereka giat mencari jalan bagi mencari ke mana hilangnya peguam palsu terbabit. Tindakan lanjut bakal diambil kepada K’Gritsana atas tuduhan melakukan penipuan dan penyamaran sebagai peguam (impersonation).

Robert Akhirnya Dedah Kebenaran, Peguam Dilantik Ibu Mo Rupanya Hanya Penyamar 7