Pemandu Bezza dikecam selamba potong barisan ketika sesak di garisan berkembar

Pemandu Bezza dikecam selamba potong barisan ketika sesak di garisan berkembar

 

Sejak minggu lepas lagi, orang ramai sudah mula bergerak pulang ke kampung kerana mahu tiba lebih awal. Namun, dapat dilihat pelbagai ragam pemandu tempatan yang menghadapi kesesakan kerana peningkatan pengguna jalan raya ketika ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama eldika fadriz, dia mempamerkan tindakan seorang pemandu Bezza yang sengaja memotong secara berbahaya sewaktu keadaan sedang sesak.

Di dalam video itu, kereta Bezza itu dilihat dengan selambanya memotong garisan berkembar kerana tidak mahu menunggu lama di bahagian belakang sewaktu jalan sesak.

Video yang dimuat naik itu meraih lebih sejuta jumlah tontonan, 27.9K likes dan juga menerima pelbagai reaksi daripada netizen menerusinya.

@eldikafadriz

Silap ja sikit org ni, memandu sampai alam barzakh terus.

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen telah mengecam tindakan pemandu Bezza itu kerana dianggap terlalu mementingkan diri sendiri serta membahayakan pengguna jalan raya lain.

pemandu bezza

pemandu bezza

Ada sesetengah individu juga berharap agar pemandu itu dikenakan tindakan undang-undang agar perkara ini tidak akan berulang lagi.