Pemandu bas kecewa penumpang wanita tinggalkan ‘spender’ dalam bas

Pemandu bas kecewa penumpang wanita tinggalkan ‘spender’ dalam bas

 

Sebagai penumpang, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kemudahan dan harta benda bersama

Ia kerana kemudahan yang sedia ada bukan hanya untuk kita, tetapi untuk penumpang lain juga yang akan menggunakannya.

Namun, sekarang banyak kita boleh lihat individu tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda awam sehingga ia tidak boleh digunakan lagi.

Bukan setakat itu, kebersihan di dalam kenderaan awam juga tidak dijaga dan dibuang merata.

Tular sebuah video di laman X apabila seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dan jijiknya selepas melihat sikap penumpang yang menaiki basnya.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi keadaan di dalam basnya selepas sahaja semua penumpang turun.

Dia meluahkan rasa kecewanya melihat sikap penumpang bas tersebut yang telah merosakkan kemudahan awam.

Malah, ada juga yang telah meninggalkan seluar dalam mereka di bawah tempat duduk sehingga membuatkan dia jijik.