Pemandu ambulans dikecam berhenti tepi jalan beli pisang goreng semasa bawa pesakit ke hospital

Pemandu ambulans dikecam berhenti tepi jalan beli pisang goreng semasa bawa pesakit ke hospital

 

Seorang pemandu ambulans di Nakhon Nayok, Thailand tular lepas dia didakwa membuat hentian sementara di salah sebuah gerai tepi jalan untuk membeli pisang goreng semasa sedang membawa pesakit ke hospital, lapor Thai PBS World.

Disebabkan kejadian tersebut, pihak hospital terpaksa membuat permohonan maaf kepada keluarga pesakit yang dilaporkan mengalami sesak nafas dan dalam perjalanan ke hospital pada 13 Oktober lalu.

Difahamkan pemandu tersebut telah membuat tempahan awal pisang goreng melalui sistem dalam talian dan memberitahu penjual supaya bersedia kerana dia akan melalui jalan tersebut.

Anak perempuan pesakit yang menemani bapanya yang uzur dalam ambulans menjadi saksi tentang kejadian tersebut dan ia merasakan bahawa kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

Dia kemudiannya telah membuat satu kenyataan di media sosial selepas pihak hospital tidak mengendahkan aduannya.

Bagaimanapun, walaupun pihak hospital telah pun membuat permohonan maaf.

Namun kenyataan tersebut seolah-olah mempertahankan tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa ambulans hanya berhenti selama tiga saat sahaja.