‘Pemain boleh sentuh pengadil namun bergantung kepada niat’ – Setiausaha Agung FAM
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menegaskan pemain yang melakukan sentuhan terhadap pengadil tidak semestinya melakukan kesalahan ataupun ada provokasi yang dilakukan.
Menurut Stuart, terdapat situasi dimana pemain menyentuh pengadil kerana mahu mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai keputusan yang dibuat pada perlawanan Liga Malaysia.
Hehe 2 kali dia tolak reff tu pic.twitter.com/OivuAXKs0m
— Leb š²š¾ (@mgt_syfq5) March 21, 2021
āKita jangan lihat apabila ada sentuhan walaupun nampak kasar sebenarnya bagi pengadil perlawanan ketika itu tiada apa yang berlaku.
āJika terdapat insiden berkenaan, FAM akan bertanya kepada pengadil berkenaan adakah ada unsur provokasi namun dia menjawab tiada cuma sentuhan terbabit untuk dapatkan penjelasan saja.
āOleh itu, biarkan pengadil membuat keputusan terbabit dan dia akan tentukan sentuhan itu adakah kekerasan terhadapnya atau sebaliknya.
— PALANGGā½ļøL (@PALANGGOL) April 18, 2021
āPemain boleh sentuh pengadil namun ia bergantung kepada niat dan situasi mereka iaitu bukan bertujuan provokasi atau mendatangkan kecederaan,ā katanya menurut laporanĀ Cakap Sukan.
Terdapat beberapa insiden pemain menolak pengadil dalam beberapa perlawanan Liga Super musim ini dimana pemain sayap Johor Darul Taāzim (JDT), Gonzalo Cabrera telah menolak pengadil sebanyak dua kali iaitu ketika aksi menentang Perak dan Sri Pahang.
Selain itu, penyerang Kelantan, Jack Hindle turut menolak pengadil pada perlawanan pertama saingan Liga Perdana menentang Perak II manakala seorang lagi pemain JDT, Natxo Insa juga menolak pengadil pada aksi di Ipoh. – TV FC