Pelawak & penulis lirik berbakat, Bob Lokman dilaporkan telah meninggal dunia

Pelawak & penulis lirik berbakat, Bob Lokman dilaporkan telah meninggal dunia

 

Sebuah berita yang menyedihkan buat industri hiburan dan rakyat Malaysia pada petang Jumaat ini apabila dilaporkan Mohd Hakim bin Lokman atau dikenali sebagai Bob Lokman meninggal dunia.

Almarhum sebelum ini dilaporkan sebelum ini sudah lama menghidap penyakit melibatkan jantung di mana beliau alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Beliau yang merupakan seorang pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik merupakan seorang yang individu yang memberi sumbangan yang besar dalam industri hiburan negara. Antara lirik lagu hits yang pernah ditulis beliau terdiri daripada Isabella, Taman Rashidah Utama, Rendang Tak Berbuah dan Intanku Kesepian.

Takziah diucapkan buat seluruh keluarga Bob Lokman dan didoakan semoga Almarhum Bob Lokman ditempatkan di kalangan orang beriman.