Pelanggan terkejut harga nasi goreng ikan masin RM187
Seorang penulis blog makanan terkejut apabila dia menerima resit berjumlah enam juta rupiah (RM1,759.90) untuk hidangan makanan biasa di sebuah restoran, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Perkongsian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kokorakuss itu mengundang perhatian netizen dan menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi perkongsiannya, penulis blog di Indonesia itu menunjukkan resit pembayaran dengan harga tidak masuk akal seperti nasi goreng berharga 639 ribu rupiah (RM187.40).
Manakala harga untuk tiga minuman teh limau ais ialah 104,700 ratus rupiah (RM30.71).
Pelanggan itu difahamkan memesan beberapa makanan untuk 10 orang makan.
Namun, dia berasa seperti dianiaya selepas dikenakan caj melampau serta tidak setara dengan makanan yang dipesan.
Seorang pelanggan lain turut berkongsi pengalaman serupa di mana mereka dikenakan bayaran ratusan ringgit di kedai yang sama.
Hantaran itu menjadi tular dan menerima ribuan komen daripada netizen.
“Sayung kangkung 400 ribu rupiah (RM117.31), mungkin bukan kangkung tapi morning glory (tumbuhan),” kata seorang netizen. – Agensi