Pelanggan jumpa mesej bantuan dekat label baju, jenama pakaian popular didakwa ‘dera’ pekerja

Pelanggan jumpa mesej bantuan dekat label baju, jenama pakaian popular didakwa ‘dera’ pekerja

 

Baru-baru ini satu jenama terkenal yang menjual pakaian dengan harga murah telah dituduh mengeksploitasikan tenaga pekerja oleh kerana pelanggan terjumpa mesej meminta bantuan dan perkara itu ditularkan di media sosial TikTok.

Oleh kerana jenama tersebut terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara, orang ramai mula meminta untuk memboikot jenama berkenaan kerana penderaan yang dilakukan kepada pekerja.

@misscp23

#pegar un video de @c1garette.after.sex #stopbuyingshein #shein

♬ sonido original – missP

Dalam video yang dikongsikan, ramai pelanggan yang terjumpa mesej-mesej meminta bantuan seperti di label-label pakaian membuatkan ramai mula berasa ragu dengan syarikat itu.

Ada juga perkongsian di media sosial lain menerangkan bahawa syarikat itu hanya memberi cuti kepada pekerja sekali dalam sebulan dan suasana dalam bangunan yang tidak mempunyai pintu keluar kecemasan, tiada tingkap, pengudaraan yang teruk dan gaji mengikut item yang dibuat.

Sehubungan perkara itu, ramai yang mula cuba untuk tidak meneruskan pembelian di syarikat itu kerana berasa simpati dengan nasib pekerja-pekerja di situ.