Pelanggan dakwa layanan Pak Mat Western macam sampah, ‘marketing’ je gempak tapi ‘sarkastik’ layan pelanggan

Pelanggan dakwa layanan Pak Mat Western macam sampah, ‘marketing’ je gempak tapi ‘sarkastik’ layan pelanggan

 

Seorang pelanggan Pak Mat Western kecewa apabila restoran yang popular dengan sajian ala barat itu didakwa tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan.

Menerusi perkongsian di TikTok, pelanggan itu mendakwa layanan kakitangan di salah sebuah restoran Pak Mat Western ibarat jauh panggang dari api, tidak sama dengan ketika mereka melakukan promosi restoran dan produk mereka.

Dakwa individu itu, dia diberikan jawapan sarkastik oleh salah seorang kakitangan Pak Mat Western, malah dilayan acuh tidak acuh ketika dia bertanyakan soalan.

“Layanan Pak Mat Western sampah. Pemasaran je gempak. Pelanggan tanya soalan dia orang balas nak tak nak dengan bagi jawapan sarkastik gila. Tahulah bukan artis.

“Hari itu nak dijadikan cerita, dia orang salah bagi air. Aku pergilah tegur dekat tempat diaorang masak tu. Sebab dia orang sibuk.

“Selepas itu dia orang balas ‘oh sini bukan tempat buat air. Sini tempat makanan’. Lah manalah aku tahu. Pertama kali datang situ.

“Dengan dia bagi reaksi wajah menyampah. Datang balik tak cakap maaf ke apa ke sebab dia orang salah bagi air. Macam kita pula yang salah,” kongsi pengguna @akumemehati.

Pada masa sama, individu itu juga kecewa kerana dimarahi kakitangan di situ hanya kerana dia tidak mengetahui prosedur restoran.

“Tak suka bila pertama kali pergi kedai makan, dia orang balas macam kita ni tahu tempat dia orang. Siap marah sebab tak tahu prosedur dekat situ macam mana. Kita nak sokong orang Melayu buat perniagaan. Tapi itulah,” katanya lagi.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen pengguna TikTok itu, ramai yang meluahkan perkara sama mendakwa servis makanan di restoran tersebut tidak memuaskan.

Kebanyakan mereka mendakwa restoran itu sering menghidang makanan sejuk, selain pelanggan terpaksa menunggu berjam-jam untuk pesanan mereka disiapkan.

“Pak Mat Western ini masa kedai dia tepi jalan tu yang tu betul-betul rasa sedap dan berbaloi. Sekarang bila ksdai besar ni kualiti tu dah kurang,”.

“Weh betul. Suami kena juga. Cuma tanya nasi goreng dah sampai belum sebab dah satu jam lebih tunggu satu menu tu belum sampai. Kakitangan dia marah dengan buat muka,”.

“Aku dapat nasi goreng sejuk dengan kambing sejuk serta liat. Bagitahu kaunter terus kaunter potong dari bil,” komen pengguna TikTok.

“Aku pernah kena sidai 3jam. Bulan puasa pula tu, padahal buat tempahan siap menu bagai. Sampai diaorang tutup cawangan Muar. Tukar jadi Pak Mail,” ujar yang lain