Pelanggan ‘complain’ dapat nasi goreng sendu, owner kedai makan lapor polis

Bila kita nak makan, sudah tentu mengharapkan hidangan yang di hadapan ataupun sampai mestilah sedap dan juga kena dengan selera.
Kadang-kadang bila tak cukup rasa, boleh potong mood dibuatnya.
Namun situasi itu malah terkena pula pada seorang gadis ini selepas memesan makanan melalui aplikasi penghantaran.
Orang dahla tengah lapaq
Selepas dimuat naik kira-kira 5 hari lalu, video yang dikongsi saudari Zirah kini sudah mencecah lebih sejuta views.
Menerusi rakaman tersebut, dia meluahkan rasa kecewa dengan hidangan ‘Nasi Goreng Pattaya’ yang dipesan dari sebuah kedai.
Jelasnya, makanan tersebut seakan-akan tidak berbaloi dengan harga yang dibayar.
@zirahrc Replying to @Ridzuan Abdullah275
@zirahrc Replying to @Shima MrsDj 😂
Untuk menu pattaya memang macam tu kak
Walau bagaimanapun, pemilik premis tersebut tampil tinggalkan komen dan tegaskan memang itulah rupa bagi setiap nasi goreng pattaya yang dijual.
Dalam video lain yang dimuat naik, lelaki berkenaan siap tunjukkan rupa hidangan tersebut sebelum diusik dan terangkan mengenai harga sedikit berbeza kerana dibeli melalui aplikasi.
@ridzuan_abdunloh13 #stitch with @Zirah Rc
♬ original sound – Ridzuan Abdullah275 – Ridzuan Abdullah275
@ridzuan_abdunloh13 Replying to @🥰Barthez4️⃣5️⃣🥰
♬ original sound – Ridzuan Abdullah275 – Ridzuan Abdullah275
Semoga kita semua dapat membuat keputusan yang betul sebelum terjadi apa-apa
Terbaru semalam, pengusaha kedai makan berkenaan telah pun hadir ke balai polis terdekat untuk membuat laporan.
Lelaki tersebut terpaksa berbuat demikian kerana merasakan tindakan serta video yang dimuat naik pelanggannya itu sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi perniagaannya.
@ridzuan_abdunloh13 Replying to @Aierilzam Mansor semoga kita semua dapat membuat keputusan yang betul sebelum terjadi apa2
♬ original sound – Ridzuan Abdullah275 – Ridzuan Abdullah275