Pelancong tak sengaja makan ganja ketika bercuti di Thailand, “Ingatkan kangkung”

Pelancong tak sengaja makan ganja ketika bercuti di Thailand, “Ingatkan kangkung”

 

Baru-baru ini, seorang pelancong wanita dari Singapura mendedahkan pengalamannya ketika bercuti di Thailand bersama dengan ibu mentua, suami dan anak-anaknya.

Menurut laporan The Straits Times, wanita terbabit menceritakan dia bersama keluarganya telah pergi ke sebuah restoran dan mencuba menu sup Thai yang unik dan lain daripada yang lain.

Bagaimanapun, selepas menikmati sup yang dipesannya itu, secara tiba-tiba dia berasa loya serta mengantuk sehingga menyebabkan dia tertidur.

Tidak puas hati dan ragu-ragu terhadap ramuan yang dinikmatinya, wanita berkenaan bertindak pergi semula ke restoran tersebut pada keesokkan harinya untuk mengetahui bahan yang digunakan.

Apa yang membuatkan wanita itu terkejut, rupa-rupanya sayur yang disangka kangkung rupa-rupanya adalah daun ganja yang telah menyebabkan dia loya dan tertidur.

Sekadar info, selepas sahaja Thailand membenarkan penggunaan ganja di negara mereka, banyak restoran dan perniagaan meletakkan ganja sebagai produk asas dalam makanan.

Malah, menurut Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB), individu yang mengambil dadah secara tidak sengaja bukanlah satu kesalahan dan CNB menasihati supaya rakyatnya lebih berhati-hati terhadap apa yang mereka makan ketika melancong di negara luar.