Pelancong tak hirau bahaya, sanggup gadai nyawa bergambar di jalan raya KLCC semata nak ‘spot’ cantik

Pelancong tak hirau bahaya, sanggup gadai nyawa bergambar di jalan raya KLCC semata nak ‘spot’ cantik

Antara perkara yang diingatkan apabila pergi ke sesuatu tempat adalah menjaga adab dan tingkah laku.

Jika individu itu ‘buat hal’ sehingga membuatkan penduduk setempat merasakan kurang senang, sedikit sebanyak akan mencalar imej negaranya.

Tular di media sosial sebuah video menunjukkan seorang wanita yang dipercayai pelancong sedang bergambar di persimpangan jalan raya sekitar KLCC pada waktu malam.

Rakaman itu dipercayai dari sudut kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat, wanita itu dilihat sedang posing di tengah jalan raya sambil gambarnya diambil oleh beberapa jurugambar di situ.

Perkara ini mencetuskan rasa kurang senang netizen kerana pelancong selamba menggunakan jalan raya sebagai spot bergambar tanpa menghiraukan risiko demi mendapatkan sudut gambar terbaik terutama berlatarkan menara KLCC.

Menurut sumber, kawasan sekitar itu sering dipenuhi kumpulan pelancong dari dalam dan luar negara terutama pada hujung minggu.

Difahamkan, jurugambar yang menawarkan perkhidmatan mengambil gambar dengan mengenakan bayaran sekitar RM10 hingga RM30 turut menyumbang kepada aktiviti berbahaya tersebut.

Justeru, netizen menyuarakan isu terbabit dah mendesak pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil langkah segera.

Ada juga yang mengaitkan tindakan pelancong yang tidak mengikut peraturan dan bertindak luar kawalan seperti kes di Jepun.

Untuk pengetahuan korang, penguat kuasa Jepun bakal memasang penghadang untuk menghalang pemandangan Gunung Fuji di belakang salah sebuah kedai serbaneka di di bandar peranginan Fujikawaguchiko.

Ini disebabkan ramai pelancong mengambil gambar di situ sehingga mengabaikan peraturan lalu lintas serta membuang sampah di sekitar kawasan itu.