Pelakon Bollywood, Tunisha Sharma disyaki meninggal dunia akibat membunuh diri di set penggambaran siri Vasai di Maharashtra, Mumbai, India pada Sabtu.

Sebelum kejadian, Sharma, 20, menghilangkan diri ke bilik air set terbabit dan tidak muncul dalam tempoh masa yang lama.

Apabila pintu bilik terbabit dipecahkan, Sharma didapati tergantung. Pelakon itu cuba diselamatkan dan dikejarkan ke hospital namun gagal.

Menurut laporan polis Waliv, Sharma didapati menggantung diri pada kipas siling dalam bilik solek.

Alibaba Dastaan-E-Kabul actress Tunisha Sharma, 20, dies by suicide, police says ' co-actors will be questioned'

Sharma mula menceburkan diri dalam dunia lakonan sejak usia kanak-kanak lagi menerusi rancangan Maharana Pratap serta pernah membintangi beberapa filem antaranya Dabangg 3, 3 Monkeys dan Baar Baar Dekho.

Aktres itu terkenal dengan peranan Shehzaadi Mariam dalam Ali Baba Dastaan-E-Kabil.

Sharma sempat mengemaskini akaun Instagramnya yang diikuti lebih 1 juta pengikut dengan sepotong video di set penggambaran terbabit.

Tulisnya; “Sesiapa yang dipacu oleh minat takkan berhenti.”