Pelakon veteran Hong Kong teruk dikecam gara-gara cium model Malaysia

Pelakon veteran Hong Kong teruk dikecam gara-gara cium model Malaysia

 

Tindakan berani pelakon veteran Hong Kong, Eric Tsang yang mencium model kelahiran Malaysia, Lebara, telah mencetuskan kritikan dan kecaman dalam kalangan netizen.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Lebara di laman Instagramnya, kelihatan model itu sedang menyambut ulang tahun kelahirannya bersama dengan beberapa orang rakan yang lain.

“Tahun ini orang hebat berada di sini untuk meniup lilin hari jadi saya, ucapan hari lahir saya tahun ini adalah untuk keamanan dunia dan tiada kebencian” tulis Lebara di ruangan kapsyen.

Secara tiba-tiba, selepas mereka habis menyanyikan lagu hari lahir buat Lebara, aktor yang berusia 69 tahun itu datang menghampirinya dan meniup lilin bersama kemudian mencium bibir model berkenaan selepas memberi ucapan ringkas.

Menurut sumber media Hong Kong, aktor berkenaan menjelaskan mencium adalah satu perkara yang biasa dan bukan satu kesalahan apabila menyambut hari lahir seseorang.

Bukan itu sahaja,  Eric turut memaklumkan dia secara tidak sengaja berjumpa dengan Lebara dan dijemput untuk meraikan sambutan hari lahir tersebut meskipun tidak mengenali model itu.