Pelajar lelaki 17 tahun didakwa jadi mangsa cabul guru SMK anak lima dibawa ke hospital

Pelajar lelaki 17 tahun didakwa jadi mangsa cabul guru SMK anak lima dibawa ke hospital

 

Sejak kebelakangan ini kecoh mengenai seorang guru wanita di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang kantoi bercinta dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun walaupun sudah mempunyai suami dan 5 orang anak.

Terbaru, menurut laporan Harian Metro, polis telahpun merakam keterangan guru wanita tersebut bagi membantu siasatan dakwaan kes mencabul pelajar lelaki itu sebelum ini.

Percakapan guru berusia 37 tahun itu telah dilakukan semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Hanya dirakam percakapan, suspek kes ini tidak ditangkap. Beberapa individu lain juga dirakam percakapan termasuk pengadu dan saksi yang melihat atau tahu hal yang berkaitan.

Pihak polis juga sedang melengkapkan kertas siasatan mengenai kes ini.

Pihak polis menasihati orang awam untuk tidak menimbulkan spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak benar berkenaan kejadian ini.

Bukan tu jer, pelajar lelaki itu juga telah dibawa ke sebuah hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut.