Pelajar IPT dicekup berkhalwat, beri alasan takut duduk sorang-sorang di rumah

Pelajar IPT dicekup berkhalwat, beri alasan takut duduk sorang-sorang di rumah

 

Pelajar IPT dicekup berkhalwat dengan memberi alasan takut tinggal bersendirian di rumah kerana rakan pulang ke kampung masing-masing.

Memetik laporan Sinar Harian, seorang pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) memberi alasan takut bersendirian selepas ditangkap bersekedudukan di sebuah pangsapuri dekat Meru Raya, Ipoh, pada Isnin.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, pasangan berkenaan telah tinggai bersama di kediaman tersebut sejak lebih seminggu lalu.

Serbuan telah dilakukan oleh sepasukan anggota Bahagian Penguat kuasa JAIPk sekitar 11.30 pagi hasil daripada maklumat orang awam.

Pelajar wanita berusia 22 tahun terbabit ditahan bersama pasangannya berusia 20 tahun yang juga pelajar di IPT sama.

“Wanita itu memberi alasan bahawa dia tinggal berseorangan kerana rakan serumahnya pulang ke kampung.

“Bimbang keselamatan diri, dia menumpang di rumah sewa pasangannya kerana kebetulan rakan lelaki tersebut juga balik bercuti,” katanya.

Tambah beliau, merek telah dibawah ke Pejabat Penguat kuasa JAIPk bagi siasatan lanjut di bawah  Seksyen 54(1) dan (2) Enakmen Jenayah (Syariah) 1992P.

Mereka bagaimanapun telah dibebaskan dengan bon jaminan penguat kuasa.

“Pasangan remaja dinasihatkan agar menjaga tingkah laku dan batas pergaulan.

“Masyarakat setempat juga diharap dapat memainkan peranan serta membudayakan amar makruf nahi mungkar dalam mengekang pelakuan maksiat dalam kalangan umat Islam,” katanya lagi.