Pelajar ini didenda gara-gara selamber terjun kolam di tempat wudhu

Pelajar ini didenda gara-gara selamber terjun kolam di tempat wudhu

Ada yang menconteng baju dan beg sekolah, ada yang mencampak kertas peperiksaan dan ada juga yang main baling telur dan tepung bersama kawan-kawan.

Kononnya, itu sebagai tanda lega kerana sudah berjaya menghabiskan sekolah sehingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak sabar untuk masuk ke alam universiti pula.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video tular baru-baru ini di TikTok apabila sekumpulan pelajar lelaki yang baru habis SPM bertindak melakukan perkara tidak dijangka mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@keyolsinss

last day be like ;

♬ original sound – . – .

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @keyolsinss, kelihatan beberapa orang pelajar lelaki sedang berlari ke arah surau sekolah mereka sambil menjerit “SPM dah habis!”

Salah seorang daripadanya siap memakai goggle sambil berlari meluru ke arah kolam tempat air wudhu di surau itu kemudian terjun ke dalam dengan spontan.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila sebaik saja dia melompat ke dalam kolam itu, seorang guru yang berada di perkarangan surau menjerit marah selepas ternampak mereka membuat bising.

Akhirnya, kesemua pelajar tersebut didenda untuk mencuci semula kolam itu dan gotong-royong di kawasan surau.

 

@keyolsinss

Reply to @ahzanrazak

♬ Anak Soleh – Aeman

 

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.

Ada yang terhibur kerana berpendapat momen itu akan menjadi kenangan alam persekolahan mereka.

Tetapi, ada juga yang berkata tidak sopan mereka berkelakuan sebegitu kerana itu kawasan surau dan tempat orang mengambil wudhu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat hampir 2 juta tontonan, 303,500 tanda suka dan 4,795 perkongsian di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

 

Buat perangai betul ya, nanti dah tua mesti malu bila teringat balik 😛 – Says