Pelajar bunuh diri selepas tembak rakan dan pengetua

Pelajar bunuh diri selepas tembak rakan dan pengetua

 

Seorang pelajar sekolah telah menembak lima orang termasuk pengetuanya di Sekolah Tinggi Perry, Iowa, Amerika Syarikat sebelum dia menembak dirinya sendiri.

Menerusi laporan Dailymail, Butler menggunakan senapang patah dan sepucuk pistol, malah dia juga mempunyai sebuah alat letupan buatan sendiri ditemui di sekolah itu, namun bomba berjaya memastikan ia tidak meletup.

Seramai 150 anggota peringkat tempatan, negeri dan persekutuan telah hadir ke lokasi kejadian.

Pihak polis enggan mendedahkan motif serangan, namun mengesahkan bahawa suspek pernah membuat beberapa hantaran pelik di media sosial sebelum kejadian tersebut berlaku.

Disebabkan kejadian itu, beberapa mangsa yang cedera ditembak telah dihantar ke Pusat Perubatan MercyOne Des Moines, manakala dua lagi mangsa sedang dirawat di Pusat Perubatan Iowa Methodist.

Walau bagaimanapun, remaja yang berusia 17 tahun itu meninggal dunia akibat luka tembakan yang dilakukannya sendiri.