Pelaburan mana yang lebih untung antara wang, emas atau hartanah? Ini penjelasan penasihat kewangan

Pelaburan mana yang lebih untung antara wang, emas atau hartanah? Ini penjelasan penasihat kewangan

 

Rakyat Malaysia kini sudah mempunyai tingkat kesedaran tinggi mengenai kepentingan pelaburan bagi menjamin kestabilan kewangan pada masa hadapan.

Tidak hanya menjamin keuntungan yang cukup lumayan, ‘penanaman modal’ ini juga mampu membantu pelabur untuk menghadapi krisis ekonomi seperti kenaikan inflasi.

Namun sebaik kesedaran itu wujud, timbul pula persoalan berhubung jenis pelaburan manakah yang paling stabil dan kukuh pada masa hadapan dari perspektif kewangan.

Menyedari hal itu, seorang mentor yang juga penasihat kewangan dikenali sebagai Azizi Ali tampil membuat penjelasan menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya.

Azizi dalam perkongsian itu memberikan saranan untuk mengamalkan konsep ‘diversify’ atau mempelbagaikan bentuk pelaburan sama ada tunai, emas atau hartanah.

@azizi.ali

Replying to @mahayuddinmakmin Cash, emas, hartanah – yang mana 1 yang lebih power? #aziziali #azizialimentorwang #emas #publicgold #publicgoldindonesia #longervideos #hartanah #tiktokguru

♬ Summer day – TimTaj

Jelasnya, konsep tersebut dikatakan telah terbukti boleh menjanjikan kestabilan kepada kewangan milik pelabur meskipun keadaan ekonomi di Malaysia sering berubah.

Namun begitu di antara tiga bentuk pelaburan tersebut, orang ramai perlu memberikan tumpuan terhadap pelan yang menjanjikan pulangan dalam jangka masa panjang.

Azizi berpendapat bahawa pelaburan emas dan hartanah adalah antara pelan paling menguntungkan kewangan pelabur dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

Hal ini berikutan nilai wang tunai akan sentiasa menurun mengikut kadar inflasi negara, namun situasi ini berbeza jika pelaburan dibuat melalui sektor emas atau hartanah.

Namun begitu Azizi turut menegaskan, wang tunai tetap perlu disimpan untuk digunakan di dalam perbelanjaan harian dan juga simpanan kecemasan (emergency fund).

“Wang tunai nilainya akan menurun kerana dibaham inflasi. Tetapi kita perlukannya untuk belanja harian dan sebagai dana rizab khas untuk kegunaan kecemasan.

“Sebaliknya untuk emas dan hartanah, nilainya bukan sahaja bakal bertahan malah akan meningkat pada hari-hari akan datang. Boleh bertahan 20 hingga 30 tahun.

“Nilainya juga mampu bertahan lebih lama dari tempoh berkenaan. Oleh itu, teruskanlah melabur di dalam sektor emas fizikal atau hartanah.” Jelas Azizi dalam hantaran itu.