Pekerja tak nak annual dinner, majikan ganti bagi duit RM6,000 setiap seorang
Kebanyakan syarikat pasti akan mempunyai acara-acara tahunan yang sering dibuat pada setiap tahun, kan? Daripada acara hari keluarga hinggalah ke annual dinner.
Walaupun tidak dinafikan acara-acara itu adalah satu peluang untuk mengenali rakan sekerja dan majikan anda dengan lebih lagi, tidak semua orang menyukainya.
Maklumlah, kadang-kadang ada antara mereka yang merupakan seorang introvert dan memerlukan masa untuk diri mereka sendiri. Jadi mereka mungkin tidak menggemari acara-acara tersebut.
Ada juga kemungkinan para pekerja yang sudah lali dengan majlis makan malam yang dilakukan. Mana tidaknya, konsepnya mesti sama iaitu mempunyai tema yang berlainan pada setiap tahun, ada cabutan bertuah, pakaian tercantik dan mungkin juga mempunyai pertandingan karaoke.
Kepada yang sudah bosan dengan majlis makan malam itu, anda mungkin akan teruja dengan apa yang dilakukan oleh seorang majikan ini.
Bagi Duit Sebagai Ganti Annual Dinner
Baru-baru ini, tular mengenai seorang majikan di sebuah syarikat yang telah memberikan duit kepada pekerja-pekerjanya.
Perkara itu telah diketahui melalui hantarannya di laman Facebook miliknya iaitu 楠哥哥 (NanGege). Melalui hantaran tersebut dia menyatakan bahawa dirinya telah membatalkan acara annual dinner di syarikatnya itu.
Katanya dalam hantaran itu, “Pada awal tahun ni, saya dah batalkan acara annual dinner di syarikat saya. Sebabnya adalah, pekerja saya kata mereka rasa tertekan untuk makan bersama pihak atasan yang lain,”
Dalam pada itu, dia sempat berseloroh mengenai kemungkinan para pekerjanya rasa diri mereka tidak bertuah kerana sering tidak memenangi hadiah yang lumayan dalam cabutan bertuah.
Untuk pengetahuan anda, dia telah memberikan setiap pekerja sejumlah wang sebanyak 10,000 yuan (RM6,667.57).
Selain itu, dia turut berkata, “Saya berfikir ia adalah sesuatu yang baik untuk mengubah syarikat ini untuk menjadi tempat kerja yang disukai pekerja,”
Wah! Tak ada annual dinner tetapi dapat duit? Mesti ramai yang teringin perkara ini dilakukan di syarikat masing-masing, kan?
Agak-agak, selain daripada majlis makan malam tahunan, acara apa lagi yang sebenarnya boleh dilakukan oleh syarikat? Cuba anda suggest sikit.