Pekerja maut tersepit mesin

Pekerja maut tersepit mesin

Seorang pekerja maut selepas tersepit pada sebuah mesin ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di sini semalam.

Mangsa berusia 35 tahun dan merupakan warga Myanmar disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang mencuci lebihan latex yang melekat pada acuan sarung tangan.

Sinar Harian dimaklumkan, kejadian itu kini dalam siasatan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dan satu kenyataan berhubung siasatan berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sumber: Sinar Harian