Peja suruh PH call Muhyiddin

Peja suruh PH call Muhyiddin
Kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Khamis yang menunjukan tanda sokongan terhadap kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2021 adalah tanda mereka menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar semua Ahli Parlimen memberikan sokongan terhadap belanjawan tersebut.
Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika dihubungi Astro AWANI berkata, beliau yakin serta percaya keputusan itu dibuat itu adalah atas kesedaran dan kepentingan untuk meluluskannya di Dewan Rakyat nanti.
“Saya percaya mereka tahu bahawa kepentingan untuk meluluskan belanjawan itu dan segala usaha yang kita perlukan secara bersama untuk kebaikan negara perlu kita lakukan terutamanya ketika kita sedang menentang pandemik COVID-19.
“Ketika mereka membuat gesaan agar Perdana Menteri segera memanggil kepimpinan Pakatan Harapan untuk membincangkan belanjawan negara, Saya kira ada baiknya juga kepimpinan Pakatan Harapan menghubungi kerajaan untuk menyampaikan pandangan dan idea-idea mereka demi kepentingan rakyat tanpa perlu menggesa sesiapa,” katanya dalam temubual yang disiarkan secara langsung itu.
Jelas Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak, walau apapun ia adalah petanda yang baik yang akan disambut baik oleh rakyat jika hasrat tersebut mampu mereka laksanakan.
“Sebaiknya mereka menghubungi kerajaan dan kita boleh duduk bersama membincangkan apakah yang kita boleh bawakan dalam belanjawan negara yang bakal dibentangkan nanti,” katanya lagi.
Sumber: Astro Awani