Peguam dakwa Bella tergelincir lalu tertarik picu air panas sendiri? Netizen geram sampai buat parodi

Peguam dakwa Bella tergelincir lalu tertarik picu air panas sendiri? Netizen geram sampai buat parodi

 

Minggu ini, saban hari kita disajikan dengan perkembangan-perkembangan terbaru tentang isu Adik Bella yang sedang dibicarakan di Mahkamah.

Walau bagaimanapun, tempoh hari tular beberapa kenyataan daripada peguam OKT, Siti Bainun yang mendakwa remaja tersebut berlari ke dapur, tergelincir sebelum tertarik pemanas air.

Water purifier ada child lock untuk air panas…Memang ada safety features

Bukan itu sahaja, turut tular beberapa hantaran di Facebook yang mempertikaikan kesahihan statement peguam berkenaan. Boleh dikatakan tertarik picu pemanas air sehingga melecur terkena badan adalah satu kejadian yang mustahil untuk berlaku. Ia kerana lazimnya mesin air seperti itu dilengkapi sistem keselamatan child lock yang perlu satu butang ditekan terlebih dahulu baru fungsi itu boleh digunakan.

Peguam Dakwa Bella Tertarik Picu Air Panas Sendiri? Netizen Geram Buat Parodi 2

Susah payah engineer buat safety lock…Boleh kena tuduh tertarik picu

Sejak itu, begitu ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan statement tersebut.

Menerusi beberapa perkongsian video di TikTok, tular aksi mereka melakukan parodi atau boleh juga dikatakan simulasi melakonkan semula kejadian yang berlaku pada Bella sesuai dengan kenyataan diberikan peguam.

@mhafezak

#justiceforbella

♬ Mission Impossible Theme (Movie Trailer Mix) – Dominik Hauser

@bawangboom

Justice for bella #sitibainun #justiceforbella @valentinevv2 @cendollpulutt @ririnlinglinghadi

♬ original sound – BAWANG BAWANG OFFICIAL – BAWANG BAWANG OFFICIAL

@sriqandy_2

jangan kau temberang😜#hadirrrrr✅ #sahabattiktok

♬ original sound – Papayaziz – Papayaziz

Water dispenser yang dikatakan tertumpah air panas atas Bella tu adalah satu suhu saja

Walau bagaimanapun, empunya badan yang menulis hantaran dari awal itu telah pun mengakui kesalahannya dan membuat permohonan maaf. Jelasnya, pemanas air canggih yang dimaksudkan telah pun rosak dan waktu itu penghuni Rumah Bonda menggunakan jenis lain.

Peguam Dakwa Bella Tertarik Picu Air Panas Sendiri? Netizen Geram Buat Parodi 3